Tuesday, August 16, 2011

Puasa Di Bulan Ramadhan

Hari ini hari ke 16 berpuasa. Sudah separuh bulan ramadhan kita lalui. Semoga terdapat peningkatan dari segi kualiti ibadah, ketenangan hati dan sikap yang terpuji. Ramadan ialah bulan yang sangat istimewa di mana Allah SWT, Pencipta & Pentadbir alam ini telah menjadikan bulan ini penuh dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat nanti. Di dalam bulan inilah setiap amalan fardu diberikan pahala 70 kali ganda dan setiap amalan sunat ganjarannya menyamai amalan fardu. Pintu-pintu neraka ditutup, pintu-pintu syurga dibuka seluasnya. Syaitan-syaitan laknatullah yang tidak pernah putus asa melalaikan dan menipu daya kita dengan dunia sementara ini dan harapan-harapan palsu selama 11 bulan sebelum ini telah dirantai. Yang tinggal hanyalah nafsu kita sendiri. Pada bulan inilah, kita kembali mengenal dan mencari jati diri kita, fitrah kita sebagai makhluk yang berasal dari syurga Allah SWT...

Manusia makhluk yang lemah. Manusia juga disebut Insan. Insan yang bererti pelupa. Kita lupa kita pernah berjanji dihadapan Allah Rabbal Alamin bahawa kita hanya akan taat pada Allah SWT sahaja. Namun, setelah dihantar ke Dunia, kita hanyut, lalai, lupa dan cuai dengan segala nikmat Dunia yang ada disekeliling.. Nikmat harta, nikmat kesihatan, nikmat keluarga, nikmat beristeri, nikmat kuasa, nikmat makanan..pelbagai jenis nikmat yang telah menyebabkan kita lalai..kita jadikan nikmat-nikmat ini sebagai tujuan kita dan lupa dengan tujuan kita sebenarnya yang berada diakhirat sana.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati. Hanya pada Allah Kebenaran yang Hakiki. Allah SWT telah sampaikan melalui Jibrail a.s kepada Muhammad saw Petunjuk Kebenaran iaitu Al Quranul Karim. Hanya dengan mengikuti segala yang terkandung dalam Al Quran dengan cara yang ditunjukkan Rasulullah saw barulah kita dapat selamat daripada godaan Dunia, dolak dalik Nafsu dan tipu daya Syaitan yang direjam.

Semoga kita semua jadi org-org yang Berjaya! Seperti para rasul a.s dan sahabat r.a.hum...

1 comment:

  1. abg, puasa 23 baru syg komen. hihi.

    thanx for always reminding me the most important thing in life. u taught me many things dear. and i learn a lot from you :) may Allah bless u always and grant u hereafter life in HEAVEN! so u can bring me along.

    love, ur wife :)

    ReplyDelete