Tuesday, August 16, 2011

Puasa Di Bulan Ramadhan

Hari ini hari ke 16 berpuasa. Sudah separuh bulan ramadhan kita lalui. Semoga terdapat peningkatan dari segi kualiti ibadah, ketenangan hati dan sikap yang terpuji. Ramadan ialah bulan yang sangat istimewa di mana Allah SWT, Pencipta & Pentadbir alam ini telah menjadikan bulan ini penuh dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat nanti. Di dalam bulan inilah setiap amalan fardu diberikan pahala 70 kali ganda dan setiap amalan sunat ganjarannya menyamai amalan fardu. Pintu-pintu neraka ditutup, pintu-pintu syurga dibuka seluasnya. Syaitan-syaitan laknatullah yang tidak pernah putus asa melalaikan dan menipu daya kita dengan dunia sementara ini dan harapan-harapan palsu selama 11 bulan sebelum ini telah dirantai. Yang tinggal hanyalah nafsu kita sendiri. Pada bulan inilah, kita kembali mengenal dan mencari jati diri kita, fitrah kita sebagai makhluk yang berasal dari syurga Allah SWT...

Manusia makhluk yang lemah. Manusia juga disebut Insan. Insan yang bererti pelupa. Kita lupa kita pernah berjanji dihadapan Allah Rabbal Alamin bahawa kita hanya akan taat pada Allah SWT sahaja. Namun, setelah dihantar ke Dunia, kita hanyut, lalai, lupa dan cuai dengan segala nikmat Dunia yang ada disekeliling.. Nikmat harta, nikmat kesihatan, nikmat keluarga, nikmat beristeri, nikmat kuasa, nikmat makanan..pelbagai jenis nikmat yang telah menyebabkan kita lalai..kita jadikan nikmat-nikmat ini sebagai tujuan kita dan lupa dengan tujuan kita sebenarnya yang berada diakhirat sana.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati. Hanya pada Allah Kebenaran yang Hakiki. Allah SWT telah sampaikan melalui Jibrail a.s kepada Muhammad saw Petunjuk Kebenaran iaitu Al Quranul Karim. Hanya dengan mengikuti segala yang terkandung dalam Al Quran dengan cara yang ditunjukkan Rasulullah saw barulah kita dapat selamat daripada godaan Dunia, dolak dalik Nafsu dan tipu daya Syaitan yang direjam.

Semoga kita semua jadi org-org yang Berjaya! Seperti para rasul a.s dan sahabat r.a.hum...

Tuesday, July 5, 2011

5th July 2011

3.04pm, dengan merujuk kepada masa di komputer pejabat saya ini. Suda sangat lama tidak menulis apa-apa. Ini disebabkan oleh kesibukan yang amat sangat. Macam lah mengurus kerajaan Nabi Sulaiman kan. Inilah manusia, diberi sedikit ujian, sudah bergegar, lupa dengan tujuan asal. Dunia tempat ujian sahaja, tempat senda gurau. Akhirat barulah sebenar-benar nikmat atau pun sebenar-benar azab. Didunia belum betul-betul ada maslah, di akhirat barulah masalah sebenar bermula. Pandai pula saya bertazkirah.

Well, selamat berjuang dalam hidup selama 50-60 tahun ni. Jumpa diakhirat sana k.

Monday, May 9, 2011

Monday

Today is Monday. This night is Monday's night. When u google 'Monday' u will found the origin of 'Monday' . From Wikipedia it says

"The name of Monday is derived from Old English Mōnandæg and Middle English Monenday, which means "moon day".

I love my wife soo much.

Thursday, May 5, 2011

Untuk Isteriku Tercinta~





Bidadari

Ketika Hilang Segala Yang Nyala
Kau Hadir Dengan Pelita Hati
Simpuhmu Melangkah Kesopanan
Tiada Bicara Dapat Dilafazkan

Pulangku Kau Sambut Dengan Senyuman
Pemergianku Didoakan Kemuliaan
Kau Sulam Kasih Sayang Ini
Dengan Kemesraan

Walau Kesederhanaan
Yang Mampu Kuhulurkan
Kau Tadah Penuh Keredhaan
Limpah Syukurmu Kususun Rapi
Agar Dirimu Dapat Kuhargai
Sebagai Bidadari

Kau Permaisuri Hati
Kau Permata Suci
Akan Tatahkan Hatimu
Dengan Sinar Iman
Akan Kuhiasi Jiwamu
Dengan Kewajipan
Tanda Mensyukuri Anugerah Tuhan
Serta Anak Yang Menjadi Penawar

Dirimu Anugerah Tuhan
Amanah Buat Insan Beriman
Rusuk Kiriku
Dicantumkan
Agar Dapat Kita Bergandingan

Wednesday, February 23, 2011

Malam Rabu

Nampaknya ada 2 sudah pengikut blog saya ni, walaupun saya belum tulis apa-apa tulisan melebihi 30 patah perkataan. Ndak pa, sekarang saya mau senaraikan tujuan saya menulis blog ini;

1. Untuk memahirkan lagi stail penulisan saya.
2. Untuk bertanding blog dengan seseorang.
3. Untuk menajamkan fikiran.

Siapa yang paling pandai menulis di Malaysia? Kalau penulis Novel Thriller, Ramlee Awang Murshid la. Itu di Malaysia, kalau di seluruh dunia sementara ni?

Pastu saya google jap dan saya jumpa '10 Best Paid Writers' merujuk kepada artikel dari laman web Forbes bertarikh 10 Jan 2008;

1. J. K. Rowling (yang reka cerita Harry Potter, $300 juta dia dapat diantara 1 Jun 2007
sehingga 1 Jun 2008 )
2. James Patterson (penulis buku Along Came A Spider, $50 juta dlm tempoh yang sama, jauh beza dengan no 1, dia buat jalan cerita untuk permaiinan video jugak)
3. Stephen King (penulis novel seram, $45 juta)

3 ja la kan.. yang lain-lain tu nanti-nanti lah. Manusia suka dengan cerita-cerita imaginasi, fantasi, magik macam cerita Harry Potter, tu yang menyebabkan J. K Rowling boleh untung juta-juta. Mata sudah berat, muka rasa panas, masa untuk rehat. Wassalam..


MDL

Saturday, February 19, 2011

Malam Sabtu.

Tgk cerita Di sini ada Hantu. Cerita berunsurkan seram dan komedi. Ok la jugak. Hahaha.
27